1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x
setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2
rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang
dihajati.
2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan
sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang,
tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin
Allah.
3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan
sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan
sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.
6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan
sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari
segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan
sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan
yang merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan
sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati
kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan
sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan
sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &
patuh dengan izin Allah.
11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan
sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat
menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan
atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima
sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).
13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada
didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari
berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran &
sembuh dari penyakit tersebut.
14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang
isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini
dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu
hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir”
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi
sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan
berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah
zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam
dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x
sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa kita.
16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut
kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang
selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x
sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya
Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut
kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang
tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x
sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah,
sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x
setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat
kemakrifatan yang sempurna.
21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x
setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas
dari segala bentuk ancaman.
22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg
berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu
dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki
akan menjadi murah.
23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak
500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh,
musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari,
baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda
di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x
setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir
ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar
untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar
hutangnya kembali.
27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa
kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini
setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha,
InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100
x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati,
cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x
pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati
seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x
setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu
dapat berlaku adil.
31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan
zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini
akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali
sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu
dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x
selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam
pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x
setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan
lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang
bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.
36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x
sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah,
InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap
kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak
anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam
bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin
& diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah
mujarab.
38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang
kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka
bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam
keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x,
InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas
terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di
dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja
sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana
rasa lapar akan hilang.
41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan
kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan
zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan
mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju.
Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih
tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat
yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan
zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan
kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan
sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga
terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….
45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah
adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab &
selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x
sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam
kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi &
petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga
kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau
sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah
akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini
sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan
yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan
sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman
keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi &
menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan
zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan
& usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan
menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x
dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan
anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka
zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si
pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini,
InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman &
taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan
yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu
perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda
& kembali seperti sediakala.
54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini
sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang
keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali,
antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar
untuk mengganggu.
56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat
sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan
zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan
kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan
diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan
Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat
5 waktu.
59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….
60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota
keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini
sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini
sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan
darjat dunia & akhirat kelak.
62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam
Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi
berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti
musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya
Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari.
Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan
keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian,
maka perbanyakkan zikir ini.
66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan
agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah
pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum
mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya,
amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat
5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa
sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan
akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan
zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan
sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x
setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan
yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu
berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin
Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir
ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan
berhasil”.
72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang
mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa
yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir
sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan
akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini
sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat),
nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik
& sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir
ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para
wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan
berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar
untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat
yang penting-penting akan berhasil.
79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati
akan terlaksana dengan mudah.
80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu
membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir
ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan
dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya
terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang
inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang
mahupun malam.
84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang
pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x
sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.
InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!”
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan
zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan
sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan
keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan
pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini
pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan
akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.
89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang
bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan
memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh
setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna
didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah
lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad
Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi
orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan
dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin
Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung
& memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir
ini setiap pagi & petang.
94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam
perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia
memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah
akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai
rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu
berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini
sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah
terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir
ini.
97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir
sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala
urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini
Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan
baik & memberangsangkan.
98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong
didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak
mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi
kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini
menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada
Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
(Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku
Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu
Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
by; shafiqolbu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar