Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.
Ayat yang menggunakan “Al Asma’ul Husna’, antara lain sebagai berikut :
.
وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
“Hanya
milik Allah nama-nama (asmaul husna), maka bermohonlah kepadaNya dengan
menyebut nama-nama (asmaul husna) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap
apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Al A’raf 7:80)
.
قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَنَ أَيًّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء سَبِيلاً الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ
“Katakanlah:
Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan;
kerana bagi-Nyalah nama-nama yang baik Dan janganlah kamu menyaringkan
bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara yang sederhana antara itu”. (QS. Al Isra’ 17:110)
.
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Dialah
Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang
Mempunyai Nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada
di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”. (QS. Al Hashr 59:24)
.
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى
“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik.” (QS. Taha 20:8)
.
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
“Sesungguhnya!
jika engkau bertanya kepada mereka: Siapakah yang mencipta langit dan
bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah: Bagaimana
fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah itu? Jika Allah
hendak menimpakan aku sesuatu bahaya, dapatkah mereka menghapuskan
bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah
mereka menahan rahmatnya itu? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku;
kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri”. (QS. Azzumar 39:38).
Artikel Terkait :
1. Nama dan Arti Asma ul-Husna
2. FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Artikel Terkait :
1. Nama dan Arti Asma ul-Husna
2. FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar